Banyak sekali saya mengharap. Seperti melihat setiap  indahnya  purnama dipajang di hujung langit malam. Saya  selalu berharap dia sentiasa di situ untuk menjadi sahabat. Mengharap juga pada mahasiswa untuk mencintai al-Qur'an. Mengharap mereka selalu teruja dengan buku. Mengharap juga, sebagai guru saya selalu masih bersantun dan menghormati para mahasiswa saya. Ya, dasar menghormati itu ternyata kepada sesiapa sahaja. Adakah saya terlalu percaya akan harapan. Sedang pohon sukma saya kian berubah, memasuki musim semi. Tidakkah saya bersyukur; kerana saya pernah mengharap dia seperti selalu, seperti dulu dengan daun dan ranting kosong. Itulah keindahan pohon sukma yang kian sirna berubah rimbun. Sama seperti si bulan penuh yang rupa-rupanya sering berubah juga; tona warna, jarak dan sela, malah darjah teduhannya.  


Comments

Anonymous said…
Betapa hebat ciptaan Tuhan yang bernama manusia. Penuh kedinamikannya, menyoal dan menyapa, mengharap dan menerima, mena'akul dan menyimpul. Seringkali juga yang diimpi tidak menjadi realiti. Kembali kepada hakikat, Tuhan jua yang Maha Mengerti.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous,
Terima kasih sedalamnya. Saya percaya, harapan yang berlalu seperti angin itu sebenarnya mahu mengasuh saya untuk terus bersyukur. Ya, bersyukur terus.