Ternyata saya masih gembeng. Pulang ke rumah selepas dua malam di wad AM, saya bertambah kasihan melihat AM. Saya langsung tidak menoleh basikalnya yang berdiri di bahu pintu pagar rumah. Saya seperti mahu membuangnya ke sungai. Saya sudah mula ada alahan dengan "basikal." Ingatan dari Dr Azaiddin: tidak ada bola, tidak ada basikal untuk dua tahun ini. Kasihannya anak mummy. Saya mula memikirkan pengisian lain untuk AM yang ternyata masih rancak walau tangan kirinya tergantung untuk empat ke enam minggu ini. Sesekali saya melihat AM seperti si jenjang gantungan Togari di ruang kerja. 

Comments

Anonymous said…
Semoga AM buah hati ayah bonda segera sembuh. Usah terikut benar dengan kegembengan, juga usah membuang basikal AM. Ada hikmahnya basikal di bahu pintu pagar rumah itu.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous,
Terima kasih kerana menenangkan. Mungkin saya perlu berangkat ke Negeri Sunyi untuk jalan katarsis ini.
Anonymous said…
Semoga AM cepat sembuh dan Dr. pulih dari kegembengan itu.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Aamiin. Insya-Allah.Terima kasih doanya buat kami.