TAHNIAH kepada ketujuh-tujuh pemenang dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Lima daripada mereka merupakan mahasiswa kami semester lepas dalam kursus Penulisan Kreatif: Ahmad Azwadie Azman, Siti Nurhajar Zukafly, Nurul Diyana Muhammad Ruzlan, Noratikah Syamimie Abdul Moin dan Noor Yazmin Azhar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Dua yang lain dari Fakulti Undang-undang Nor Afiqah Baharudin dan Fakulti Pendidikan Arif Hadri Japri. Saya tumpang bersyukur dan sangat bahagia untuk mengiringi mereka ke majlis ini. Sebagai guru, ia adalah hadiah istimewa. Syabas. Terus menulis buat semua. Saya terpaksa memadam entri  yang sama sebelum ini kerana ada masalah teknikal pada kotak komen. Saya sempat melihat satu komen, mungkin jika perlu boleh ditulis semula. Terima kasih.

Comments

Anonymous said…
Tahniah kepada pemenang, pastinya UKM berbangga kerana difahamkan jumlah pemenang 30 orang keseluruhannya dan tujuh dari UKM. Pastinya kemenangan itu adalah hasil bimbingan mentor dan gurunya yang sudah ternama dalam penulisan kreatif. Tahniah kepada Saudara Dr. Mawar. Syabas, dan bertepatanlah pengiktirafan itu kepada sebuah universiti yang mendaulatkan nilai budaya bangsa.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Alhamdulillah. Terima kasih. Sebelum mereka naik ke pentas, saya sempat berbisik, lepaskan ledakan "saya hebat"... bersyukurlah dengan kerendahan hati bahawa ini semua kurnia-Mu, ya Allah dan kami tidak punya apa-apa.