Kami berjumpa Dr Azaiddin lagi. Sudah bersedia mendengar dialog sengit AM dengan Dr Azaiddin. Saya minta AM bertanya sendiri, mendapatkan jawapan yang saya berikan selama ini masih tidak memuaskan hatinya. Dr Azaiddin yang bijak  menjawab: ini bukan masa bertanya. Belum masanya lagi. Waktu ini tidak perlu bertanya. Tidak relevan. Semua pertanyaan dan jawapan akan AM dapat sendiri setelah balutan dirungkai dan anduh tidak perlu lagi bergantungan. Malah Dr minta AM berhenti bercakap dalam masa lima minit semasa prosedur memasang simen baru. Balutan baru AM hari ini akan mengambil masa tambahan dua minggu. Saya sedar doktor pakar tulang berpengalaman ini mahu AM jadi anak yang sabar, tidak buru-buru, sebaliknya belajar berhenti sebentar dan cuba berfikir sebelum bertindak. Saya tidak pasti AM boleh lulus ujian Dr Azaiddin. Satu lagi, Dr Azaiddin memberi amaran, berhenti mengutis balutan simen.  Saya suka perkataan "mengutis" Dr Azaiddin. Aduhai AM.



Comments

ardisia said…
Saya sedang mengutis memori!Hahaha!Adoi! Sakit pula kepala. Masih menunggu ketibaan seorang sahabat di KLIA2.
Mawar Safei said…
Ardisia,
Mengutis lagi!