Foto ulangan 

Antara kemalangan dalam hidup apabila kita ditinggalkan sahabat yang sekian masa menuntun kita ke jalan mengingati Allah. Kita akan rindukan panduan yang setiap hari dibawakannya. Kita rasa kehilangan. Dalam gundah itu Rumi memujuk, walau sahabat itu menjauh, akan selalu ada jendela yang membawa hati kita kepadanya. Dari bahu jendela itu seperti ada juga bulan yang menawarkan satu lorong rahsia, membawa khabar yang mahu kita kirim kepadanya. Saya tahu, lorong rahsia itu adalah doa. Saya bermohon agar dia dipayungi rahmat Ilahi. Aneh. Foto dan catatan lama ini (8 Mac 2015), saya ulang hari ini. Mungkin juga mengenang si bulan penuh. Hari ini 15 Jamadil awal 1438.

Comments

Anonymous said…
Bulan purnama mempunyai erti yang tersendiri bagi setiap individu. Barangkali ada kenangan yang bergenang atau persoalan yang bersarang, tiada jawapan yang terbentang atau rindu rasa yang tidak berkurang malah terus berbilang. Bulan purnama juga sering menjadi fokal bertautnya bahasa sukma walau jarak jasmani yang terpisah jauh.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Begitulah kisah panjang si purnama, si bulan penuh. Benar, dalam merenung bulan yang sama walau dari tanah yang berbeza, ia merupakan bahasa sukma yang paling dalam.