Dalam keluarga kecil kami, saya mempunyai seorang sepupu yang hampir merupakan sahabat baik. Emak saya merupakan kakak kepada Abahnya. Maka sejak kecil kami bersahabat baik sehingga kini. Apatah lagi namanya Melati. Kami seperti anak kembar walau saya setahun tua daripadanya. Kami pernah mempunyai latar dan pilihan jalan hidup dan takdir yang berbeza. Namun alhamdulillah, kami tetap dan terus bersahabat.

Pohon sukma musim luruh

Saya pernah menulis tentang Mel di sini sebelum ini. Malah Mel pernah menyusup masuk dalam cerita pendek saya. Mengapa saya bercerita lagi tentang Mel...  Dulu saya akan menunggu-nunggu setiap kali mahu ke rumahnya di Toa Payoh (kemudian Yishun). Saya akan menangis setiap kali mahu meninggalkannya untuk pulang. Dan apabila kami berjauhan, saya akan mudah menangis mengenangnya. Saya percaya kami mempunyai ikatan sukma yang berkuasa. Ya, benar begitulah apabila dia mula menjadi istimewa dalam kalbu. Ketiadaannya sangat dirasa walau sekejap dan ia sangat mengharukan. Ia menerbitkan rasa sangat sendiri walau dalam riuh. Malah dalam sekejap dia berpergian, ada rasa ditinggalkan. Juga pastinya, dalam sekejap perginya, rindu yang keras sehingga membikin segalanya  jadi luruh. Terima kasih kepada dia yang menitip foto pohon sukma dari sisi satu lagi.


Comments

Mel Ann said…
Salam War...saya berada di office pada saat ini and suddenly all the memories flash back in my mind (My eyes are teary now!)How time flies without we knowing. Whampoa Drive is where my heart will stay and remained as there is where we spend most of our childhood days, laughing, crying, quarelling and longing for each other when we are apart.

Thank you for being such a wonderful sister, cousin and bf.
For remembering me in your heart and blogs.
For enduring my nonsense and childishness.
For the patience and confidence you have in me.

Love you my special one and always.

Mel


Mawar Safei said…
Mel,
selamanya. Kita doakan awak terus dirahmati dan kekal di jalan yang lurus. Insya-Allah.
Anonymous said…
Membaca catatan ini mengingatkan saya bahawa saya juga punya saudara mara yang ramai di Temasik. Baru sahaja saya merencanakan untuk mengundang bapa saudara sepupu, Ismail Haron untuk mengisi konsert di universiti pada 2013, rupanya Allah menjalur takdirnya untuk berpulang ke rahmatullah pada April 2012. Lagu dendangannya banyak berbentuk nasihat dan peringatan dan paling dikenang ialah Ilham Pujangga dan Insan Mulia. Al-Fatihah buat bapa saudara.. Ismail Haron
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
mungkin kita juga ada pertalian. Subhanallah.