Saya pernah digelar anti-sosial hanya kerana saya selalu lambat hadir dan cepat pulangnya dalam satu-satu acara. Juga kerana saya mengelak minum bersama-sama usai acara. Atau hanya kerana saya memilih duduk di kerusi paling hujung. Bukankah wilayah maya hari ini begitu juga. Diam dalam berjarak atau diam walau hampir sekali. Di dalam ruang yang sama kita juga menjadi warga anti-sosial. Saya sering memilih WA apabila konfrantasi berlaku antara saya dengan Zahar atau AM. Dari tingkat atas rumah, saya akan mengirim geram atau kesedihan lewat WA. Apabila tidak muncul dua garis biru di kotak pesanan, suara saya akan melantun di tingkat bawah, minta Zahar menjawab segera. Dan itulah yang menjadi titik kami berdamai semula. Anehnya, saya menulis cerita yang sangat domestik ini.

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum Dr

Kita mungkin tergolong dalam kumpulan introvert.
Semakin usia bertambah, semakin kita rendah.
Mawar said…
Sdr Noraini Ismail,
Terima kasih sudi singgah.
Ya, saya percaya usia juga kuat mempengaruh.
Mungkin juga sekeliling yang menumbuhkan kita jadi begitu.
Salam kenal.

Anonymous said…
Dr Mawar,
Dalam keadaan "anti-sosial" versi baharu ini, keanehan yang semakin diterima secara jamak, apabila kelihatan ramai sekali yang menyendiri tetapi bersama walaupun tidak kelihatan sesiapa di sisi tetapi terlihat ada yang ketawa, atau tersenyum-senyum dan menangis atau membisikrungut. Rupa-rupanya nalar rasa itu tersalur daripada telefon pegangnya. Kehidupan akan semakin aneh dari sudut pandang kita namun itulah realiti yang semakin kukuh. terbentuk.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar, semakin banyak yang aneh. Dan biarlah keanehan itu berjalan di lorong takdirnya. Terima kasih.