Masjid Jami' Baitul Muttaqin, Bukit Saree, Aceh Besar

Allah amat cemburu. Ya, jika amalan kita  harus perlu berbahagi dengan yang lain, ia akan ditolak dan tempat akhirnya adalah kawah api yang menjulang. Begitulah  Allah tidak mahu berbahagi akan penyerahan kita. Ustaz Tuan Syed Mohd Nazli Syed Ahmad dalam kuliah mingguan kami membacakan pantun ini,

Kolam bijih airnya tenang,
Tempat minum hidupan di rimba;
Berbuat bakti kalau dicanang,
Ibarat air bocor ditimba.

Allah ya Allah. Bagaimana mahu dibuang naluri alami berasa asyik dengan amalan sendiri yang kononnya paling cantik dan paling tulus. Ujub, sum'ah, ta'ajub, riya' dan takabur adalah perkataan-perkataan yang amat ngeri dan nyeri dalam mengejap makna keikhlasan. Kata-kata ustaz yang mungkin memujuk tangis kita adalah, jangan disimpan apabila rasa  itu datang, lepaskan segera. Lalu mohon keampunan-Nya. Allah ya Allah.

Comments

Anonymous said…
Peringatan ustaz ini amat mendidik dan mengasuh diri saya yang barangkali sering terperangkap dengan rasa sedemikian. Terima kasih sedalamnya Dr. Mawar yang mulia.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous,
Alhamdulillah syukur atas asuhan ini. Saya juga sedang belajar bersungguh-sungguh untuk melepaskan. Dipulangkan kemuliaan itu kepada Allah dan Rasulullah. Saya ini hanya debu yang berterbangan. Terima kasih sudi singgah.
Anonymous said…
Indah sungguh gambaran masjid dalam paparan ini. Tergambar kekudusan di Rumah Allah yang pernah juga dijejaki. Terkuak kerinduan untuk menjejakinya lagi
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous,
Subhanallah. Mudah mudahan rindunya terjawab nanti.
Insya-Allah. Terima kasih.