Hari ini genap usianya 47 tahun. Hanya jika dia masih ada. Luar biasa dirinya yang menumbuhkan persahabatan kami yang tinggal ini, walau sebelumnya saling tidak mengenali. Setiap kali menyebut namanya, apa kebaikan yang tidak dilakukan. Memelihara solah, puasa sunat mingguan, tahajjud, rutinitas al-Qur'annya, kegilaannya pada memberi dan memberi dan cintanya terhadap kanak-kanak. Allah ya Allah. Begitu juga dia bahagia meraikan hari ulang tahun teman-temannya. Saya tahu dalam hatinya bukan untuk bersuka ria sebaliknya, mengingati baki hari yang ada menuju saat yang satu itu. Waktu dini ini saya mengirimnya doa khusus. Hasratnya semoga diterima kembali ke jalan penciptaan tanpa perlu dikira-kira, mudah-mudahan dilalui dengan aman dan penuh redha Allah. Al Fatihah buat sahabat syurga kami, Wan Azreena Wan Jaafar.

Comments

Anonymous said…
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Insan yang baik, disanjung dan dimuliakan sepanjang zaman. Almarhumah Wan Azreena ahli akademik UKM yang dikenali dengan santun dan kelembutannya meraikan sesiapa. Semoga perjalanannya di alam baharu dan abadi terus dalam kemuliaan, menanti sahabat-sahabat yang sedang menyusul jejak laluan.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous,
Terima kasih atas catatan ini.
Sahabat kita itu ternyata terus hidup dalam kenangan dan jiwa.
Selamat hari lahir mawar. Semoga kekal sihat dan dilimpahi ketenangan jiwa

-adam-sipenyewa bilik
Mawar Safei said…
Sdr Bungkasa
Bukan hari lahir saya!