Naffi Mat

Susuknya selalu mengingatkan saya kepada almarhum senior yang satu lagi, Talib Samat. Menuju Maghrib tadi, saya menerima pesanan masuk daripada sahabat di UPSI, PM Dr Halim Ali. Sahabat kita, Dr Naffi Mat telah kembali ke Rahmatullah. Saya tahu arwah memang tidak sihat. Malah kali terakhir sewaktu kami sama-sama menjadi ahli forum di UPSI, arwah sempat bercerita tentang keuzurannya. Sudah tiba detik itu. Seperti selalu mengenang nasib sendiri, detik saya kian hampir juga. Buat saudara kami, Naffi Mat, teriring al fatihah dan doa mudah-mudahan perjalanan pulangmu ditunggu semua yang di langit. Kepulangan yang diraikan, untuk insan sebaiknya. 

Comments

Al-Fatehah buat Dr. Naffi Mat yang menghadap Penciptanya. Almarhum Talib Samat yang disebut, sahabat peribadi saya semasa kami sama-sama bersekolah di SMK Sultan Ismail Johor Bahru. Meskipun beliau setahun senior, persahabatan kami amat akrab. Detik yang sering beliau ulang bicara walaupun ketika beliau terlantar di katil hospital Ipoh sewaktu saya menziarahinya ialah kenangannya menaiki bot penambang dari Tanjung Puteri ke Tanjung Pengelih Pengerang Johor selama tiga jam menyusuri Sungai Johor, ke kampung halaman saya. Baginya itu antara detik terindah sepanjang persahabatan kami yang bermula 1978. Semoga roh sahabat abadi saya dirahmati Allah jua..
Mawar Safei said…
Sdr Abd Razak,
Terima kasih kerana berbahagi cerita.
Tentunya ia detik kenangan tercantik.
Al Fatehah buat kedua-duanya yang baik.