Dua karya saya ini mendapat tempat dalam senarai panjang Hadiah Sastera Darul Taazim @ Anugerah Sastera Johor ke X (2016). Hari besarnya pada 4 November di Johor Bahru. Alhamdulillah syukur. Malangnya saya berhalangan untuk hadir. Saya menyertai senarai HSDT sejak 1999. Ya, sangat lama. Dan sangat panjang juga saya diajar saban tahun untuk bersyukur. Belajar untuk terus menerima dengan kerendahan hati. Setiap kali saya memijak tangga pentas untuk menerima anugerah dan cek hadiah, saya kerap melakukan refleksi sebenarnya. Adakah ini yang saya mahu dalam kerja penulisan saya. Terbentang di hadapan  adalah wajah para mahasiswa saya yang melihatnya sebagai perangsang untuk mereka turut berkarya. Lebih baik daripada saya.  Dan ia menambah saya menadah tangan untuk melanjutkan syukur. Namun dalam pertelingkahan di beluk yang lain, saya merasakan, cukuplah. Saya menyimpulkan ini merupakan tahun terakhir saya menyertai senarai panjang HSDT @ ASJ. Saya berterima kasih kepada semua penilai yang menghormati kerja seni saya. Mudah-mudahan Allah redho atasnya. Insya-Allah. 

Comments

Anonymous said…
Dr Mawar
Tahniah!
Mawar Safei said…
Anonymous
Alhamdulillah. Terima kasih.
Cikgu Salleh said…
Tahniah! Dr. Ingin sangat menikmati naskah dan buah tangan penulisan Dr. Semoga Dr. menemukan apa yang Dr. maksudkan.
Mawar Safei said…
Cikgu Salleh,
Alhamdulillah. Terima kasih.