Cuti sekolah hampir bermula. Kami bercadang membawa AM bercuti walau pencapaian peperiksaannya sangat buruk. Ia satu hadiah yang tidak pernah saya dapat waktu kecil. Destinasi percutian yang dipilih Zahar sudah pernah saya jejaki, walau lama dahulu. Saya sebenarnya tidak suka mengulang pergi ke tempat yang sama; khususnya jika pilihannya luar negara. Pelbagai pelusuk lain yang belum sempat saya jengah. Tapi dalam banyak suasana, kita perlu selalu menghormati kesukaan orang lain. Apalagi mengenang AM. Apalagi mengenang diri yang sudah tua ini. Apalagi yang lebih baik selain daripada memberi kebahagiaan kepada orang lain.  

Comments