Saya sedari, si Putih sudah tidak muncul untuk sekian hari. Ya, sejak saya kembali daripada tugas luar di Negeri Cantik. Sesekali saya sengaja menantinya hingga azan asar dibawa angin menyelinap masuk ke ruang kerja saya  di aras lima. Menunggu, menanti dan mengangankan dia datang walau sekejap, saya mengintai dia antara dahan, pelepah dan daun. Ternyata dia tidak terbit juga. Penat saya menggantung harap, antara menjengah masih dengan mahu melupakan saja. Saya seperti dikirim kawat pujukan bahawa kami saling mengerti, walau dalam seribu sepi atau ketidakhadiran diri. Ya, kawat itu seperti jatuh melayah dari ranting dan dahan lalu hinggap di jendela kepercayaan saya. 

Comments