Syawal 6

Baru sempat menulis setelah melalui beberapa lorong hujung Ramadhan yang pelbagai keluknya. Siapa sangka melihat matahari penutup senja Ramadhan 30 di tingkap kaca mrt dengan bacaan surah al ikhlas berkali-kali setelah keluar dari NUH. Mengakui betapa Allah satu satunya tempat menyangkutkan harap dan tiada apa yang setaranya. Allah ya Allah. Pelajaran apa yang paling mengesankan daripada Ramadhanmu yang baru lalu? Taqabbalallahu minna wa minkum...

Comments