Ini bukan musim Maulidur Rasul. Tapi ingatan yang terus tumbuh buatnya. Sangat menggetarkan saat Mel melangkah sepanjang jalan hijrah rupa-rupanya susuk manusia istimewa ini yang begitu menggoda. Dia tidak lain adalah Sang Pahlawan. Sangat luar biasa. Bukan hanya perkasa, Dia sangat budiman dalam banyak gaya. Sedang sekian masa, aku tidak pernah peduli dan ya Allah betapa Dia begitu banyak berbakti buat kami. Aku ternyata bukan jatuh hati, sesungguhnya aku semakin cinta! Alangkah jika Dia di hadapanku sekarang. Tidak tahu apa yang harus aku mulakan dahulu; sama ada begitu cepatnya Dia meraikan dengan salam atau aku masih terkesima, silau akan cahayanya yang memanah keluguanku. Itulah bahasa iman Mel tentang Rasulullah sewaktu kami bertemu lebaran lalu. Allah ya Allah.

Comments

Mel Ann said…
Terimakasih kerana sudi mengabadikan kata2 kita diblog awak Cik War. It makes me teary! Our beloved Rasullulah (PBUH) a great warrior, leader of the war and a HERO in every field.

Allahu akhbar!
Mawar Safei said…
Cik Mel,
Kata-kata ini sangat memenuhkan rindu kita.