AM mengalami halusinasi. Itu kenyataan doktor selepas pemeriksaan. Ternyata semua bersih. Tiada masukan. Tiada luka. Mengadu telinganya sering ada bunyi goncangan sejak seminggu lalu sekembali daripada aktiviti di kolam renang. Aneh. Tanpa bertanya apa itu halusinasi, AM menerima beberapa kata-kata hukuman daripada Bapak. Lain kali cepat jawab apabila dipanggil. Menyahut azan. Awalkan solat. Dengar cakap Mummy dan Bapak. Kasihannya AM. Bapak masih belum puashati menambah, goncangan itu tanda Allah mahu beritahu, begitulah tidak selesanya apabila derhaka pada Mummy dan Bapak. Allah mahu AM rasa.

Comments