Rupanya untuk sekian lama masa, saya sangat banyak berharap pada manusia. Berhentilah mengharap, nasihat seorang sahabat yang mukhlis. Saya terpempan. Lamanya saya  terikat dengan moment. Tidak kira ia membahagiakan atau membuat saya sebak berjam-jam. Bukankah ia akan berlalu dan berubah lagi. Begitu juga dengan manusia. Mereka datang dan pergi. Maka, ya, berhentilah mengharap wahai diri...

Comments

Catatan ini menyentuh hati saya. Barangkali kerana dalam genggaman, ada beberapa moment yang masih enggan saya lepaskan.

Saya akan melepaskannya sekarang.
Mawar Safei said…
Sdr Nudra Shafini,
itulah neraca yang adil; antara menggenggamnya dan melepaskan.


Anonymous said…
Selamat Hari Lahir Mawar..
Smkj 78-83