Sepanjang penglibatan saya dalam kesusasteraan, peribadi mahupun rasmi, jarang saya duduk di meja penilai. Seingat saya sekali menjadi panel penilai Hadiah Sastera Sarawak bersama arwah Prof Sahlan Mohd Saman dan Hj Hamzah Hamdani. Selainnya saya menjadi penilai untuk acara kecil-kecilan di peringkat universiti atau organisasi. Giat teman-teman kerana karya saya yang dinilai. Tahun ini saya diminta untuk menyemak ASNS. Ternyata ia pengalaman yang banyak refleksinya; bagaimana saya melihat karya orang lain dan akhirnya saya tunduk terhadap perjalanan penciptaan di tangan manusia. Saya juga melihat apabila tangan orang berkuasa bersuara. Allahu akbar. Betapa debunya saya ini!

Comments

Syahirah Hamdan said…
Salam Dr. Mawar.

Sudah lama saya tidak mejengah di laman Dr ini. Terima kasih kerana menjadi inspirasi saya melalui tulisan dr yang indah dan muluk2, sedari saya sekolah hingga kini sudah tahun 2 pengajian sarjana muda di UM.

Teringin benar mahu bersua muka dengan Dr. Mawar. Moga ada kesempatan.

Moga terus sukses dan dirahmati Allah dunia akhirat.


Syahirah.
Mawar Safei said…
Sdr Syahirah Hamdan,
Terima kasih kerana mengikuti tulisan saya.
Mudah-mudahan Sdr berjaya cemerlang dalam pengajian.
Selamat maju jaya.
Doa yang sama buat Sdr.
Anonymous said…
Saya bersetuju dengan ayat "Saya juga melihat apabila tangan orang berkuasa bersuara". Saya telah mengalaminya dengan penerbit ternama, baru-baru ini.

Hamba Allah
Mawar Safei said…
Anonymous @ Hamba Allah,

Ternyata ada "tangan" dan "suara" yang Lebih Berkuasa.