Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Exxon Mobil 2014

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014

Alhamdulillah. Dua cerpen ini diangkat sebagai pemenang tahun ini. Ia dinilai sekumpulan panel. Terima kasih kerana menghargai. Kerendahan hati saya mengingat, kedua-duanya adalah rakaman daripada  perjalanan ke Tanah Selandia Baru 2014. Sebenarnya ia lebih membawa hati saya dekat dengan-Nya dan tiba-tiba saya jadi malu dengan pengiktirafan ini pada usia sekarang. Hanya saya mengingati mahasiswa yang mengikuti kuliah penulisan saya, hadiah ini buat mereka untuk menulis lebih baik daripada gurunya.. seperti pesan si bulan penuh dari surah Yusuf: 87 janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah. Terus menulis dengan rahmat dan pertolongan-Nya.

Comments

Tetamu Istimewa said…
Assalamualaikum, tahniah Dr. Mawar atas kemenangan kedua-dua cerpen ini. Terbaharu dalam HSPM 2014.
Mawar Safei said…
Sdr Tetamu Istimewa,

Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Terima kasih.
Tahniah juga buat Sdr atas kemenangan yang sama untuk kategori kumpulan cerpen remaja.

MK Riza said…
Salam Dr Mawar

Tahniah daripada saya.

MK Riza
Mawar Safei said…
Assalamu'alaikum
Sdr MK Riza @ Editorku,

Alhamdulillah dan terima kasih.
Semoga berjumpa lagi.