Mungkin ini entri terakhir tentang surat merah. Anas, pelukis plan bersedia untuk bantu. Betapa berkuasanya garis panjang pendek, lengkungan dan segala ukuran di atas kertas Anas nanti dalam pertelingkahan ini. Apa lagi yang mahu dikata (apo nak dikato..koba worih kampung Zahar). Menurut Anas, jumlah denda nanti boleh dirunding dalam proses minit mesyuarat majlis perbandaran kami. Masih boleh turun dan turun. Alahai. Saya mengenang pesanan si bulan penuh yang datang saat kami sedang melihat lakaran asas Anas. Rezeki seseorang itu tidak dapat dihalang kebencian atau tidak boleh dirampas kerakusan. Semua itu sudah tertulis. Saya terkebil-kebil melihat jari Anas laju menekan butang mesin kira yang dibawanya sama, memajukan jumlah yang harus kami lunaskan. 

Comments

Aduhai surat MERAH. Barangkali punya sarat hikmah. Berlapang dadalah. Dan nanti tercatat karya sebuah. Insya Allah.
Mawar Safei said…
KK
Masih ingat dulu, masa kecil kita kenal "surat merah" atau "kad merah" untuk pemberitahuan perkahwinan, kan? Malah pernah dipanggil "surat saman"?
Salam Mawar yang manis!
Kita tumpang tarik nafas dan menggeleng membaca semua catatan Mawar tentang surat merah tu.
Undang-undang sekarang semakin banyak yang aneh-aneh dan sukar difahami.
Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dunia akhirat.
Mawar Safei said…
Lily o Lilyku yang manis!
Kita pun sudah hampir hilang nafas.
Hujung tahun banyak duit yang dituntut...rumah, kereta, insurans, anak...
aduhai, betul kata mak kita dulu lagi, hidup tak sudah-sudah membayar
"hutang"!