Tidak sedarkan diri. Pendarahan dalam otak. Saluran darah pecah. Bacaan darah naik mendadak. Allah! Sejak semalam kami menerima berita mendebarkan ini. Saudara kami, Rahimidin Zahari, sahabat penyair yang saya hormati, menjalani pembedahan pagi ini. Hanya Allah menjaganya. Mudah-mudahan Allah memelihara hati isteri dan anak-anaknya agar sabar dan tenang. Pesanan yang masih saya simpan, Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu  (al a'raf: 126).


Saya terus membaca al Falaq sejak petang semalam, memujuk kepala yang semakin berat. Masuk bilik mesyuarat dari pagi hingga petang diikuti kuliah hingga lewat senja. Tepat suara bilal saat maghrib dari surau, saya tiba di pintu pagar rumah. Allah, ya Allah. Bila waktunya tiba, semua tiada apa-apa walau hanya debu... 

Comments

mamawana said…
Allahurabbi. Innalillah. Semoga dipermudahkan operasi dll.
Lumut Pagi said…
Assalamualaikum wbt.

Dr.Mawar yang dikasihi.

Membaca tentang ujian tanda kasih Tuhan buat Tuan Rahmidin buat rindu saya kembali menikam-nikam sukma. Saya rindukan pak yang baru 13 hari kembali untuk rehat yang sangat panjang di sisi Tuhan.Saya sekarang di bumi Eropah - kota besar Frankfurt, di Goethe Universitat of Frankfurt.

Doa pak mahu melihat ada seorang professor di kampung saya di Baling. Terlalu sakit dr. saya rasa. Allah menjemput pulang pak pada ketika saya baru memulakan langkah di bumi Eropah, pada saat saya baru 48 hari dihadiahi Allah dengan Ahmad Yazid Al Ghazali. Allah.

Saya sedang gagahi seorang diri di sini. Dan saya tahu pak ada bersama saya.

Saya mendoakan semoga keluarga Tuan Rahimidin diberikan kekuatan, ketenangan dan hati yang sentiasa redha dengan ujian Allah.

Doakan saya dr.

Salam sayang dari kejauhan,
Nor Azizah Othman.
UKM, 2005-2010.
Mawar Safei said…
Mamawana,
insya-Allah!
Mawar Safei said…
Azizah @ Lumut Pagi,

takziah yang dalam.
mudah mudahan terus sabar dan solat.
selamat maju jaya di Goethe.
abd malekmd said…
Semoga cepat sembuh.. dan dipermudah semua urusan
Mawar Safei said…
Abd Malekmd,
Mal?