Sejak telefon  saya (yang sudah mula dianggap purba oleh generasi 6)  meragam dan dibaiki, seperti kebanyakan kejadian, banyak nombor yang disimpan hilang. Maaf jika saya tidak lagi bertanya khabar, sahabat. Insya-Allah, kita bertemu lewat doa. Waktu itu bicara hati saya ternyata lebih dalam dan banyak yang dipohon agar Allah perkenankan buatmu. Insya-Allah. Ada yang menanggap apabila satu bahagian daripada teknologi komunikasi ditanggalkan daripada perut telefon seperti fb, wa atau tg bermakna satu perihal dunia sudah ditinggalkan. Mungkin juga. Mungkin juga ia latihan untuk kita menerima kenyataan potongan surah al Baqarah: 254 ... hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat....


Comments

Saya akui di saat itu,suasana lebih tenang. Saya juga rindukan waktu itu. Saya pernah 'mentiadadakan' diri di FB selama hampir 9 bulan. Kini terasa perlu 'menghilangkan' diri kembali.Semoga sihat sejahtera.Semoga terus tetap menulis di sini walaupun ramai yang tidak berblog lagi.
Mawar Safei said…
Shima sahabatku,
kita selalu punya pilihan, kita diberi pilihan. Maka berpihaklah dengan kebijakan. insya-Allah.