Hujung minggu yang kebanyakan kita tidaklah menikmatinya sebagai cuti; termasuk saya. Rehat hanya bermakna tidak keluar rumah sebelum jam lapan pagi dan tidak perlu menghadiri acara rasmi: mesyuarat. Namun sebenarnya, (jumaat) sabtu-ahad kita masih bekerja. Hakikat kerjaya saya, terlibat sepanjang tujuh hari dalam seminggu. Malah selepas waktu pejabat juga banyak masa digunakan untuk tugas berkaitan. Bunyinya sangat dahsyat. Sepatah teguran almarhum ibu mertua saya, kerja tak  pernah habis. Benar, ia selagi setiap yang saya lakukan tidak kira hujung minggu atau waktu malam, dihubungkan dengan ruang kerja saya: membaca dan menulis. Maka saya percaya, kerja saya bernilai. Dan berkali-kali dalam solat atau sebelum memulakan kerja, saya berdoa agar Allah melihat apa yang saya lakukan sebagai ibadah. Saya mohon Allah bantu dalam setiap gerak dan keputusan. Mudah-mudahan apa yang kita kerjakan memberi manfaat dan bernilai dalam ketaqwaan kita kepada Allah. Insya-Allah. Saya bekerja rasmi hujung minggu ini ....

Comments

Tersenyum saya membaca catatan ini terutama tentang "kerja tak pernah habis" yang selalu disebut emak saya juga. Dalam kerjaya kita mungkin tiada istilah cuti yang sebenar. Sukar meletakkan sempadan apabila kita sentiasa membaca dan menulis.Bagaimana kita boleh bercuti dari berfikir dan menulis? Memang sebenarnya kita beruntung kerana boleh meniatkan setiap perbuatan kita sebagai ibadah. Alhamdulilah! Tidak semua orang dapat nikmat ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Mawar Safei said…
Shima,
insya-Allah. Terima kasih atas persahabatan sejak dulu....