Jumaat lagi. Benar, terasa sangatlah pantas masa bergerak. Saya pernah menulis betapa masa itu sangat meletus. Perginya masa sering membawa kita ke ruang penyesalan akan apa yang sudah berlalu semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya. Deras letusan itu sehingga Allah menyergah bahawa kita hidup di dunia hanya sebentar waktu; dan sekejapnya itu hanyalah satu hari atau separuh daripadanya sahaja (al Mu'minuun: 113-114). Saudara tahu, bukan? 


Allah. Apa yang dipenuhi dalam waktu sesingkat itu? Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu (as Sajadah: 5) Bukan ahli matematika mudah sahaja menghitung angka-angka ini. 24 jam kiraan Allah bersamaan 1000 tahun kita. Ini yang Prof Kamil maksudkan kelmarin dengan relatifnya hidup kita yang sebentar. Relatif masa. Allah, rupa-rupanya kehidupan saya  hanya satu hari kurang lebih. Dan apa yang sudah saya perbuat dengannya?

Comments