Hibanya saya pertama kali menerima pesanan masuk daripada Zahar bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya kembali menuju jalan datangnya. Saya pernah berkata kepada Zahar, ada dua kematian pemimpin yang akan saya tangisi antaranya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ternyata saya sebak dan tidak dapat menahan airmata seakan-akan ditinggalkan ahli keluarga yang sangat saya sayangi. Tidak bergerak tangan saya untuk menyertai banyaknya ucapan dan doa takziah di wassap dan telegram. Tidak terucap sebarang kata apabila mengenang luhur tuntunan, ikhlas tangan pikunnya setiap kali menadah doa. Saya merasakan kehilangan besar ini bukan sahaja susuknya yang tidak lagi bersama kita, tetapi bernoktah sudah doa serta ilmu yang diangkat menerusi kematian seorang ulama'. al fatehah buat almarhum Nik Aziz Nik Mat, seluhurnya saya titipkan pada waktu dini Jumaah yang mulia...

Comments

Mawar Safei said…
RayyanZilfi,
Allah...
Assalamualaikum Dr. Mawar yang dikasihi. Saya juga berkongsi duka dengan pemergian almarhum TGNA. Semoga Allah SWT mengampunkan kelemahan-kelemahannya dan memberikan rahmat dan rahim-Nya kepada almarhum atas kesungguhannya memperjuangkan Islam dalam kehidupan peribadi dan masyarakat Islam. Seorang mualim pernah memberitahu, doa para ulama' semasa hidupnya akan terus kekal dan sampai kepada kepada semua pencinta ilmu yang ikhlas. Semoga kita sama-sama mendapat tempias doa TGNA dan para ulama' semasa hayat mereka. Wallahua'alam.

Salam hormat.
Mawar Safei said…
Wa'alaikumussalam
Sdr Nur Fatiha

mudah-mudahan. amin.