Akhirnya dia meneruskan perjalanan pulang...saya menerima kabar SN Ayahanda Abdullah Hussain meninggal dunia sekitar jam 10 lebih malam tahun baru 2015 dari keluarga almarhum yang kebetulan rapat dengan Zahar. Saya ada menulis kenangan bersamanya dalam entri 15 April 2009, ya Allah cepatnya masa berlalu! Saya ingin mengenang almarhum sebagai lelaki yang budiman, membuat hati kita tenang saat mendengar kisah-kisahnya yang panjang dan sangat menghormati sesiapa sahaja di hadapannya.  Mudah-mudahan Allah memberi tempat yang terbaik buat Abdullah Hussain atas segala kebaikannya dan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan. Al fatehah. Klik. foto yang sempat saya rakam sewaktu menziarahi almarhum.

Comments

wan ahmadi jalil said…
Selepas 90an,baharu berjinak-jinak membaca dan mengenali beberapa penulis besar di Malaysia.
Seingat saya melalui pintu pengkritik seperti Rustam A.Sani,Kassim Ahmad,Mohd Affandi Hassan,Rahman Shaari dan polemik-polemik yang ditimbulkan mendekatkan dan menimbulkan minat ke arah buku-buku sastera dan mula membaca,mengumpul sedikit,beberapa buku yang sempat dimiliki.
Jika SN mungkin mula membaca Shahnon Ahmad,Usman Awang,Keris Mas,Arena Wati,S.Othman Kelantan,Muhamad Haji Salleh dan Abdullah Hussain.
Penulis novel yang mula saya tertarik adalah A.Samad Said.Nama-nama lain mula hadir selepas itu secara perlahan-lahan.Setelah saya mengumpulkan,ada sedikit koleksi buku dan novel Pak Samad sehingga ia dan bacaan saya membawa saya mengenali dan mengenali nama-nama SN yang lain.
Saya ingat daripada sebuah tulisan Mohd Affandi Hassan dalam majalah Widya itulah sehingga saya terus mencari dan menemui Aziz Jahpin dan membaca novelnya yang terhad jumlahnya dan koleksi cerpennya.
Saya membeli novel Abdullah beberapa hampir tiga atau empat tahun dan selepas saya bertemu Nahmar Jamil di Perlis dan pada tahun itulah 1997 itulah baharu saya habiskan membaca novel Imam atas dorongan yang beliau berikan...
Pelik..
Selepas itu saya tersadai dan terpesona dengan Pujangga Melayu sewaktu berada di Kelantan sekitar tahun 1998..
Selepas itu saya mencari pula Pulanglah Perantau,Biar Buang Anak dan Koleksi Zam-zam Zaman dan Bunnga-bunga Derhaka A.Aziz Jahpin.
Bagi saya itulah antara bacaan terbaik novel-novel Melayu yang ada yang begitu tersendiri nilainya....
Salina istimewa zaman perangnya..
Imam puncak cerita Abdullah Hussain..
Ini kisah saya,orang awam yang tidaklah mendalami khazanah sastera Malaysia,Melayu secara sepenuh masa dan bersungguh-sungguh sekadar melihat dari jauh,mengambil tempat dari pinggiran sahaja.
Pemergian penulis yang tersohor yang lama dalam dunia sastera,penulisan di negara ini meninggalkan ruang yang sukar untuk diisi generasi seterusnya.Mereka membawa ruh,semangat memajukan,meninggikan maruah memperjuangkan dengan ikhlas matlamat suci demi negara,bangsa dan agama tercinta.Sekian wassalam.
Mawar Safei said…
Sdr Wan Ahmadi Jalil

Terima kasih kerana singgah dan mengulang nama-nama yang mengesankan dalam kesusasteraan Melayu.