Ramalan


Pesawat yang diambil dari utara harus berpatah balik. pada ketikanya saya jadi dungu dan keliru. dan seharian menunggu penerbangan baru, saya mengimbas perjalanan panjang lebih sepuluh jam ini. betapa kecilnya saya. ternyata  pesawat senja itu mendarat dengan selamat di landasan selatan. ramalan yang tepat apabila awan rendah, hujan terus tumpah dan angin dingin yang singgah tidak sudah-sudah. seperti catatan pendek saya kepada Zahar dari tingkap malam, angin yang datang seperti serigala liar yang tiba-tiba ke kaca jendela kamar sementara ini. musim luruh mula surut untuk meraikan salji yang bakal tiba. ah, saya ternyata sudah rindukan laman sendiri.

Comments

Faridah said…
Jangan lupa makan lamb NZ (goreng garam kunyit pun dah sedap!) Enjoy!
Mawar Safei said…
Kak F,
terima kasih. orang di rumah minta tolong makan untuknya juga! weeee!
salam ziarah dan follow blog ni :)
Amir Asyraff said…
salam ziarah dan follow blog ni :)
Mawar Safei said…
Sdr Amir Asyraff
terima kasih dan salam kenal!
cik^siti said…
Salam Mawar.Lama juga kita tidak saling berhubung.Semoga adik kakak sekeluarga sentiasa dalam perlindungan Allah dan sejahtera adanya.
Mawar Safei said…
Cik Siti @ Kak Siti,

saya punya beberapa kakak "Siti". tak pasti yang mana satu. terima kasih atas ingatan. semoga kakak juga afiat hendaknya.