Cerpen ini membawa saya ke zaman remaja di sekolah. kisah benar apabila setiap kali saya bersolat di musola kami, ada seorang pelajar yang tersedu-sedu berdoa. kisah benar tentang Pulau Perca yang selalu ada gempa. memang banyak kisah benar menjadi landasan awal dalam pembikinan cerpen saya. sudi kiranya membaca kisah kali ini, Gempa Pulau Perca, Dewan Siswa Februari 2014. kisah anak-anak yang banyak mengajar kita yang dewasa...

Comments

Tetamu Istimewa said…
Tahniah Dr. Mawar. Pasti saya akan membacanya nanti.

Sekarang ni lambat majalah DBP sampai.

P/S: Cerpen dari Siswa pula oleh siapa?
Mawar Safei said…
Sdr Tetamu
terima kasih.
Cerpen "Daripada Siswa" dengan cerpen "Sepucuk Rindu dari Acheh" oleh Shafiq Azli Mohd Salleh.