Saya menerima foto yang mengesankan ini lewat telefon tangan. ia dirakam seorang jurugambar Iraq di sebuah rumah anak yatim. catatan yang mengiringinya antara lain menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak pernah melihat ibunya. lalu dilakar susuk perempuan yang dipercayai ibunya. merindukan dakapan bunda, dia mahu tidur dalam pelukan suci itu...

Comments

Anonymous said…
Salam,

Sekali pandang, saya tahu ini satu kerja seni (walaupun ia terlihat sebagai satu hasil kewartawanan foto).

Konsep fotografi ini jelas telah ditentukan komposisi dan "framing"-nya.

Nisbah anatomi lukisan kapur itu "ibu" dilukis oleh orang dewasa dan jarang kita boleh dapat nisbah sebaik itu daripada hasil perspektif seorang kanak-kanak.

Ada beberapa penjelasan yang menarik tentang foto ini boleh dibaca di sini.

http://dailyoftheday.com/not-exactly-but-still-sad/

http://www.tresixty.com/story/warm-embrace-mother

http://www.fashionmixes.com/Mother-Sleep-In-Her-Arms-Online-Tear-Iran-Creative-artists

dan ini (hasil kerja lain daripada Bahareh Bisheh artis yang memotret foto tersebut)

flicker beliau:

http://www.flickr.com/photos/khatt-khatti/with/8002448815/

lihat contoh foto dengan tema yang sama

http://www.flickr.com/photos/khatt-khatti/8002511532/

http://www.flickr.com/photos/khatt-khatti/8002448815/

http://www.pinterest.com/pin/113715959312294537/

Benarlah kata lama, a picture speaks a thousand words. Dan media sosial kadang kala memainkan peranan yang sangat berkesan. Sama kesnya dengan foto budak lelaki Syria yang tidur di antara dua kubur ibu bapanya.

Merujuk realiti, gambar itu memang menggugat emosi. Jika saya rasa rindu pada ibu yang meninggal beberapa tahun lalu, itulah posisi tubuh saya dalam ratap tangis yang membawa lena.

Kembalikan Aku Ke Rahimmu, Ibu.

Biar kau jauh
peluklah tubuhku
dengan jurai air mata.

Ikat diriku dekat
ke dadamu
seperti dulu.

Rindu mengalir
ke laut kasih
dapatkah menjadi
seperti zam-zam
yang jernih.

Kembalikan aku
ke telaga rahimmu, ibu
biar tenggelam
dan benamkan aku
dalam-dalam.

Salam,
NB
Mawar Safei said…
Sdr NB yang selalu sudi bertamu,

terima kasih.
cinta saya yang pertama pada foto yang dikirim ini adalah himpunan rindu anak kecil terhadap ibunya. betapa saya mengasihani dia. pandangan awal sebenarnya saya melihat kedudukan bayi dalam kandungan. juga nyeri. kemudian saya keluar dari petak rasa. saya mula mengandai-andai seperti sdr, segalanya nampak begitu berimbang seperti diatur-atur.

terima kasih berbahagi puisi yang cantik. salam takziah untuk ibu yang pulang.
mamawana said…
Assalamualaikum

Foto yg sayu...pilu
Mawar Safei said…
wa'alaikumussalam
Mama,
ya...