Kelmarin, di pejabat,  saya didatangi anak-anak yang  banyak bertanya tentang kerja penulisan saya. sejak bila menulis? bagaimana memperoleh ilham? bila waktu menulis? cerpen apa yang paling memuaskan hati? itu saya fikir soalan lazim. cerpen pertama saya disiarkan buat pertama kali pada 1986 waktu saya dalam tingkatan tiga. cerpen saya yang disiarkan dalam akhbar perdana dan memenangi hadiah sastera kali pertama adalah pada tahun 1994 semasa saya masih bergelar mahasiswa universiti. jauh perjalanan saya berkarya secara serius sudah memasuki angka 20 tepat. pelbagai rupa pengalaman yang saya jalani. yang manis. yang pahit. apalagi yang saya mahukan?apalagi yang tidak dapat membuat saya bersujud bersyukur? ini foto rak buku yang  dibelikan Zahar sebulan lalu. sekarang sudah diisi. saya juga pernah mendepani kekosongan dalam perjalanan 20 tahun itu...

Comments

Wah, penataan hijau yang menarik. Saya impikan rumah yang ada satu bilik khas untuk saya padatkan dengan buku-buku dan latarnya mesti hijau kesukaan saya.
Mawar Safei said…
Nurfa
ya, saya juga senang dengan warna hijau epal ini. semoga impiannya cepat terlaksana!

Rositah Ibrahim said…
Rak itu sepertinya tidak cukup untuk menampung semua buku Mawar!Namun hijau itu sungguh cantik.
Menenangkan.
Rak buku saya coklat kehitaman (kononnya untuk kesan klasik!) - pilihan warna yang salah kerana mudah terkesan habuk!
Mawar Safei said…
Itah
ini rak tambahan (dan mungkin perlu rak lain bila buku-buku di pejabat harus dibawa pulang). setentang dengannya ada rak lagi! dan buku-buku lain merata-rata dalam rumah! hai!!!
sengaja pilih warna putih kelabu ini untuk dipadan dengan latar hijau. nampaknya agak menjadi.