Dari Studio Shairul
Pernahkah sdr tiba-tiba didatangi nasihat yang susuknya seperti arah pandu untuk satu peleraian gundah. ia datang ketika hati sedang tidak tenteram. nasihat itu  tiba-tiba berdiri di hadapan mata tanpa ada angin yang membawa isyarat. ia datang tanpa diduga sama sekali, tanpa diminta-minta. saat nasihat itu masuk ke ruang kalbu, ia membuat sdr jadi begitu malu. ya, saya  didatangi nasihat lewat seorang lelaki pikun. saya jadi gementar bagaimana si pikun ini tahu apa yang ada dalam kepala dan hati saya. sdr tahu apa nasihat lelaki pikun Ranjau Sepanjang Jalan ini yang mengesankan saya? syukur dan sabar (lanjutan daripada nasihat itu, biar saya simpan dalam hati). saya terkasima. kemudian saya sedar, Allah mendengar resah saya. Allah!

Comments

Tetamu Istimewa said…
Dah lama tak dengar khabar berita dari Pak Shahnon Ahmad ni. Moga sihat hendaknya.
Mawar Safei said…
Tetamu Istimewa,
kita doakan kesejahteraannya...
Rositah Ibrahim said…
ya, rindu pada cikgu saya ini...
Mawar Safei said…
Itah,
saya tidak pernah menjadi anak muridnya. tapi saya tahu Cikgu Shahnon adalah guru saya!
Jerkoh@juwoh said…
patah-patah ayat Dr mawar dalam penulisan ini, betol-betol mengesankan hati saya yang sedang gundah.
Mawar Safei said…
Jerkoh
Semoga hatinya sudah tenteram...