Alif Matiin masih dalam cuti sakit. tangan kanannya masih diandung. maka kami memberikan kelas peribadi sendiri. mummy dan bapak menjadi guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik yang garang untuk dua minggu ini. pastikan murid darjah dua ini tidak ketinggalan dalam menyelesaikan kerja buku aktiviti. Alif Matiin antara mitos anak lelaki yang sukar tumpukan perhatian waktu belajar. dan ia sangat menguji kesabaran orang tua!

Comments

Kami sekeluarga mendoakan Alif Maatin segera sembuh dan dapat ke sekolah seperti biasa. Dan turut mendoakan mummy dan bapak sentiasa pahatkan kesabaran mendidik anak comel yang diamanahkan Tuhan dengan kasih-sayang yang luar biasa!
Mawar Safei said…
Adinda Dr Kamariah,
terima kasih atas doanya.
sangat dihargai!
Sayang si Alif Matiin, dengarlah nasihat bonda, jangan nakal-nakal ya!

:)
Mawar Safei said…
Makcik Norziati,
insya Allah saya akan jadi anak yang baik. soleh.