MasyaAllah, sejauhmana sdr merasakan istiqamah dalam melakukan kebaikan; sehinggakan setiap kata merupakan ingatan kepada Allah (zikrullah)? saya percaya saya memerlukan sahabat, persekitaran dan dukungan doa untuk terus mengingatkan. alangkah jika setiap waktu dini, menjelang matahari semakin tinggi sehingga siang mahu menutup hari dan apabila gelapnya malam berulang lagi, ada sahabat yang mengingat. saya percaya ingatan demi ingatan ini adalah seperti rakaman tiga ayat dalam surah al Asr: kita dikecualikan daripada kerugian apabila kita beriman, mengerjakan amal soleh, saling menasihati untuk dua perkara: mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran. rakaman foto dari Kota Damansara ini seperti sahabat yang selalu mahu menasihatkan ...

Comments

RayyanZilfi said…
Saya senang sekali mendoakan para sahabat tak kira di mana jua mereka berada.ianya mudah.tak perlu duit, bayaran atau upah."Ya Rohman, Ya Rohiim, kasihanilah kami. Ya Nuur, Ya Haadi, pancarkanlah cahaya & hidayahMu yang dengan itu kami dapat beristiqomah dalam menunaikan tanggungjawab kami sebagai seorang hambaMu.aamiiiin".
Mawar said…
Rayyan
masya Allah. istimewanya hati itu!