Jarang saya bekerja rasmi hingga lewat malam; sedang saya adalah a morning person. namun dalam menahan kelat mata berhadapan dengan anak-anak yang mahu belajar, akhirnya keletihan saya dilunakkan dengan ingatan terhadap Rasulullah. betapa saya menghormati anak kecil ini, semoga suatu hari dia juga tahu erti susila terhadap orang lain. mungkin begitu ujar Rasulullah saat mengusap dan menggendong anak kecil yang dihormatinya. saya juga terkesan dengan hikmah dan rahmah Allah menyediakan ruang rasa menghormati dalam hati kita. nah, sayangi anak-anak kerana dosa mereka tidak sebanyak kita yang sudah tua ini. dan hormati juga ibu-ibu dan bapa-bapa kita kerana, masya Allah, begitu banyak amalan baik yang sudah dilakukan mereka untuk mendapat redha Allah. dalam kelat mata menjelang tengah malam, saya sempat merayu kepada anak-anak yang mahu belajar di hadapan saya itu agar menghormati dan menghargai bidang atau ilmu orang lain. jangan ada keangkuhan dengan sedikit ilmu dalam dada, kerana dengannya menjauhkan kita daripada jalan ke syurga. dalam kelat mata, saya meninggalkan mereka dengan doa sehingga saya tiba di pintu rumah...

Comments