Ya Allah. mudahnya mulut atau hati saya menyebut hasbunallah wa ni'mal wakeel. lancarnya konon saya memujuk hati sendiri. cukuplah Allah bagiku, bahawa Allah  sebaik-baik penolong. ya Allah, sedalam mana makna itu mahu saya akui sebenar-benarnya? sedang setiap kali keangkuhan menyelinap masuk, setiap kali kehalobaan berlumba-lumba mahu duduk dalam mana sahaja ruang yang boleh. ya Allah. saya tidak mahu berpura-pura. bantulah saya untuk berikhlas hati. bantulah saya. foto ini saya rakam sewaktu bertugas di luar daerah hujung minggu lalu.

Comments

RayyanZilfi said…
senang sekali melihat foto ini.redup di hati ini,redup di luar sana hilang sekejap.berlapang dada,rasa sejuk,tenang tatkala membaca beberapa entri Dr Mawar setelah sekian lama saya tinggalkan.ya,lama.ayuh!saya mahu keluar dari pintu redup ke pintu redup yang bermacam-macam.saya tutup satu per satu.alhamdulillah.masih bernafas.tetap syukur.membaca entri Dr Mawar bagaikan membaca cerpen.Semoga ilham sentiasa tercurah.untuk saya.untuk semua.
Mawar Safei said…
Rayyan,
syukur alhamdulillah!