Apa khabar? bagaimana lebaran saudara? adakah ia selayaknya diraikan dengan apa yang sudah dilalui sepanjang sebulan Ramadhan? Allah. Allah. Allah. semoga semangat Ramadhan masih bersama kita. qiyam masih diteruskan. makna dan tafsir  al Qur'an masih  menjadi bacaan pertama untuk memulakan hari. tahniah bagi yang sudah hampir menyelesaikan puasa sunat syawal. saya belum lagi, insya Allah akan mulakan segera.  Ini foto di satu penjuru rumah guru yang masih terus dikenang dan banyaknya jasanya. seperti lebaran lalu, pasti ada kenangan manis yang dirakam. tahun ini saya bertemu kembali Puan Norlin Low dan suaminya, yang juga guru kami, Cikgu Mohd Nor. doa saya semoga asuhan yang diberi membawa mereka ke syurga.

Comments

MOHD HANIFF said…
Salam Aidilfitri, Dr. Mawar. =)
Mawar Safei said…
Sdr Haniff
terima kasih.
salam lebaran buat sdr sekeluarga juga.
erma said…
SubhanaAllah.. Menarik ruangan ni.. Kerusi ni untuk tetamu seperti akak dan sicantik.. Ok kan Dr Mawar?
Mawar Safei said…
Kak Erma
ini ruang di rumah guru saya. ya pasti saja kakak dan si Cantik turut dialu-alukan.