Ramadhan dan kepulangan
Seminggu ini sekejap sahaja meninggalkan saya. minggu bekerja yang pendek, apabila cuti umum pada hari jumaat untuk 17 Ramadhan. sepanjang minggu dengan bengkel penyelidikan, saya sempat menziarahi sahabat akademik, Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali,  yang kehilangan anak sulungnya Hasnul Imran Saidi, 17 tahun, akibat kemalangan jalanraya. sebak melihat tiga sahabat sekelasnya yang datang. dengan hati tulus mereka mengucap takziah dan menyampaikan kesedihan. banyak babak imbas kembali dan mula menyedari kewujudan di hadapan mata  selama ini. untuk pertama kali saya melihat Intan menangis, selama ini Intan hanya dikenali sebagai sahabat yang sering ketawa hampir di setiap hujung bicara. seraya mendakap Intan sebelum pulang, saya berbisik, sabar dan solat. Allah!

Comments

Hasnawi Imran said…
terima kasih kanda budiman. sesungguhnya kehilangannya seperti meragut separuh nyawaku. Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan kasih sayang-Nya.
Mawar Safei said…
Hasnawi Imran @ Intan

adinda.
Allah Maha Mengetahui, Dia selalu memberikan yang terbaik...