Mengenang nenda


 
Saya baru sedar, sejak hari ini kerja new post harus dimulakan dengan mengisi kotak judul posting. jadi mulai hari ini, tiap entri saya akan diberikan nama. hari ini tajuknya,  mengenang nenda. ya, siang tadi, saya hampir mahu menekan nombor telefon nenda seperti selalu saya lakukan ketika nenda masih ada; seperti selalu, waktu saya memerlukan semangat merahnya. o nendaku, bukankah kita semakin jauh. dan ternyata, saya terlalu rindu ....

Comments

ruru said…
Salam Dr Mawar,

Saya juga seperti Dr, merindui nenda yang sudah setahun pergi. Bila nak tengok senarai
nombor telefon, masih tercatat nama 'Opahku Sayang' :(
Mawar Safei said…
Ruru
semoga kenangan dan rindu itu kita iringi dengan doa dan sedekah, buat nenda yang tersayang...
RayyanZilfi said…
saya rindu ayah.rindu tak kira usia.1 anugerah.selalu dapat 'miss call' dari ayah.lupa.ibu yang guna telefon bimbit itu.bukan lagi ayah.sudah hampir sebulan ayah pergi.al-Fatehah utk ayah dan nenda.
Mawar Safei said…
Rayyan,
sedihnya!!!
memang, rasanya macam mereka masih ada!