Malaikatkah?

Saya membaca buku Prof Kamil yang masyhur tentang perjalanan rohaninya ke Tanah Suci, Travelog Haji. ia buku yang memandu saya dan Zahar sewaktu kami berhadapan dengan plot sebenar bergelar hujjaj. catatan Prof Muhd Kamil Ibrahim, banyak jemaah  yang menjadi malaikat pada musim haji.  ia bermakna tiba-tiba akan ada seseorang yang muncul memberi laluan, menghulur tangan atau membuka ruang untuk berdiri solat dalam lautan manusia. waktu itu seluruh syukur dengan lintasan hati, malaikatkah itu yang membantu saya? atau sebenarnya ada sahaja pertolongan Allah diturunkan buat kita dalam ketidaksedaran atau ketidaktahuan. alhamdulillahi rabbil alamin,ya saya baru saja didatangi malaikat...

Comments

MKriza said…
Salam Dr.
Selama ini saya membaca blog Dr. dalam senyap.

Sekadar cadangan, saya fikir font berwarna ini mengganggu pembacaan.

MK Riza
Mawar Safei said…
Sdr MKriza
terima kasih banyak. ya, saya memerlukan maklumbalas. jadi warna apakah yang sesuai? warna latar?
MKriza said…
Terpulang Dr.
Asalkan ia menyenangkan mata. Tapi saya suka hitam.
Mawar Safei said…
Sdr MKriza
saya cuba ubah, gagal. tak faham mengapa. nanti saya cuba lagi.

terima kasih.
Haiqal Hazwan said…
Assalamualaikum Dr.

Saya pernah menanyakan beberapa soalan untuk kajian novel saya untuk program International Baccalaureate di Kolej MARA Banting.

Alhamdulillah, kajian saya telah mendapat gred A justeru saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Mawar atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Semoga Allah memberkati kehidupan Dr Mawar sekeluarga dan salam Ramadan Kareem.

Terima kasih.
Mawar Safei said…
Wa'alaikumussalam
Sdr Haiqal

Allahu akram!
Semoga Ramadhan ini hadiah Allah buat sdr untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat.