Apa khabar Ramadhan saudara?
 
 
alhamdulillahi rabbil alamin, ia berjalan seperti yang dijadualkan. namun jika masih ada celanya, insya Allah ada enam belas hari lagi untuk kita memperbaiki, memperelok. saya sendiri berhadapan dengan banyak sandungan dan gendala. ia pasti membuat saya sedih dan kecewa. saya sudah berikrar untuk jadikan ini Ramadhan terbaik. semoga malam seribu bulan saat malaikat menyertai Ramadhan  dengan cahayanya, dapat singgah di laman qiyamullail kita. ya Allah, kami sudah meminta sekian panjangnya masa, mohon ia direstui!

Comments

Cik Matahariku said…
Amin. Semoga menikmati Ramadan kali ini setulus hati.Bbeberapa hari lalu, saya ada mendengar ceramah Ustaz Ismail Kamus, Beliau bimbing pendengar supaya memohon doa seperti ini pada 10 malam terakhir : Ya Allah,kabulkan semua doa2ku selagi ianya membawa kebaikan dan kejayaan kepadaku di dunia dan akhirat..ini dipanggil kunci segala doa..wallahualam.selamat meraikan ramadan cikmawar..:)
Mawar Safei said…
Cik Matahari,
terima kasih berbahagi semangat Ramadhan!