Di mana agaknya, saya pernah membaca, kasihanilah mereka yang diberi puji-pujian. kerana apa? saya fikir antara ujian yang berat dalam perjalanan hidup adalah ketika kita disanjung. ketika itu kita harus  melindungi banyak penjuru dalam hati. serangan kehairanan dengan kehebatan diri sendiri. keangkuhan sangat mengancam keikhlasan.  kerendahan hati yang sekian lama dipelihara, tiba-tiba berkocakan. hanya sandaran kepada Allah menjadi perisai yang kalis daripada apa-apa saja yang datang seperti gelombang. ya Allah, kasihani saya daripada kemabukan ini kerana selain saya adalah debu yang berterbangan, saya tidak tahu takdir saya esok pagi. ampunkan saya Allah!

foto: jambangan bunga buat saya dari Zahar, ahad lalu. saya pajangkan di penjuru dapur kami. terima kasih!

Comments

Tetamu Istimewa said…
Selamat Hari Guru, Dr. Mawar.
Mawar Safei said…
Sdr Tetamu Istimewa

terima kasih.
ucapan selamat yang sama buat sdr juga.