Mungkin sahaja ada yang hairan, mengapa saya begitu terasa kehilangan nenda Saronah. pernah saya tanyakan pada Zahar, adakah peritnya seperti yang saya rasakan sekarang saat kehilangan seorang nenek. saya melihat perbezaan kami. keluarga saya kecil bilangannya, berbanding Zahar. keluarga saya sangat akrab kerana jumlah angka itu. nenek sangat mengenali bukan hanya tabiat, tetapi hati dan perasaan kami. dan saya merupakan cucu sulung daripada anaknya yang pertama. nama saya dihadiahkan nenek. sijil kelahiran saya tercatat nama nenek di ruang informant.  pernah saya catat di sini, nenek selalu menghulur tangan saat saya mahu jatuh. nenek tempat saya mengadu  ketika saya mahu menangis. nenek saya rujuk untuk resepi lama. pernah kami bernyanyi lagu kegemaran bersama.  dan siapa yang dapat meneka, nenek menutup hidupnya di hadapan saya isnin lalu...

Comments

Salam takziah Mawar. Al Fatihah dan doa dari jauh semoga roh nenda tenang di sana dan dipermudahkan segalanya. Nama Mawar hadiah nenda, nama saya pula pemberian bapa saudara sebelum berangkat ke tanah ratu. Saya dahulu dibesarkan nenek saya dan dikelilingi 11 ayah saudara.
Nur Imans said…
salam takziah juga buat sdri mawar.semoga roh nenda sdri ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman..Amin.
Mama Rocky! said…
Salam takziah..yang hidup,pasti dijemput Ilahi.Moga arwah nenda tenang di sana. Al-Fatihah..amin.
Mawar Safei said…
Lily sahabatku
terima kasih atas doanya buat nenek. ya, kalau begitu Lily pasti tahu getar hati saya sekarang...
Mawar Safei said…
Nur Imans
amin. semoga doa dan al fatihah kita sampai ke ruang baru nenek.
terima kasih.
Mawar Safei said…
Mama Rocky
terima kasih. amin. saya terharu dengan ingatan ini.