Esok bermula kuliah untuk semester kedua sesi 2012/2013. litar hidup, saya teruskan lagi dan saya tidak tahu sama sekali lekuk atau selekoh yang bakal saya depani. sesungguhnya, untuk empat belas minggu saya merancang sekian jadual untuk pengkuliahan. namun, saya semakin diasuh makna penyerahan. saya mula untuk mengasihi takdir. saya mohon Allah aturkan segala buat saya tanpa sedetik pun tangan saya sendiri menentukannya. Allah, Allah, Allah.  

Comments

Kanda Dr Mawar yang diingati,
Selamat menempuh semester 2 sesi 2012/2013; setelah sekian lama tidak bergelut dengan musim kuliah, dinda jua menyerahkan segala perancangan dan perjalanannya lancar oleh Allah Ya Rabbi. Moga kita diberi kekuatan untuk menabur bakti demi pertiwi dan warga kampus yang dikasihi.
Mawar Safei said…
Adindaku
Dr Kamariah yang dikasihi,

semoga usaha baik dinda dipermudah dan dilapangkan. Allah bersama dinda sekeluarga.
Hati saya sentiasa keberatan melalui nya...
Mawar Safei said…
Dr Rosniah

semoga Dr diberi kelapangan untuk menjalankan tanggungjawab. semoga kerja yang dilakukan dirahmati dan diberikan balasan yang selayaknya.