Apa yang dikenang pada hari kita dilahirkan, selain turut mengingat hari kita akan dipanggil pulang. jarang saya tertambat dengan pengalaman kematian yang adatnya disambut dengan kehibaan dan disusuli dengan kenangan demi kenangan bersama arwah. saya masih menangis setiap kali nenek menjenguk di pintu rindu yang akan selalu terkuak itu. mengapa saya menangis? ternyata nenda masih terus menumbuhkan cinta, nenda masih terus meninggalkan semangatnya saat saya mengeluh lelah dengan manusia. dan di sebuah subuh yang hening, saya seperti mendakap bahu nenda dan mahu mengucapkan terima kasih kerana ketika nenda sudah tiada begini, saya masih diasuh untuk selalu mengingat jalan pulang apabila meraikan hari kelahiran...

Comments

Al-Manar said…
Early in my school days I was made to learn a famous poem by Thomas Gray which ended with:
" .......
The paths of glory lead but to the grave."

We remember our love ones and be reminded where the end is for everyone of us. And at the grave side we hear the Imam calling the dead simply by his/her name bin/binti his/her mother (eg. Ya Salim bin Azizah...) devoid of Encik, Datin, Dr , Ir etc. Does it tell us something?

safwanrazali said…
Selamat Hari Lahir Dr. Mawar, Semoga sentiasa dirahmati Allah swt serta dikurniakan umur yang panjang,rezeki yang luas serta kesihatan yang baik untuk terus mendidik kami :)
Mawar Safei said…
Al Manar @ Pakcik,

waktu itu hanya ini bersama kita: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh...

semoga Pakcik dan Makcik dirahmati.

Mawar Safei said…
Safwan yang baik

terima kasih atas ingatan dan doa.
semoga terus berjaya!
Selamat hari jadi dear mawar ..
Mawar Safei said…
Dr Rosniah
terima kasih!