Esok hari natal, saya memujuk hati untuk ke pejabat hari ini. begitu juga saya memujuk si Mohican untuk bangun di pagi yang mendung. kami menghentikan perkhidmatan air panas  Mohican untuk dia tahu segarnya air apabila bermulanya hari. banyak cerita harus disusun untuk menggerakkan anak mandi di pagi yang dingin.  antara plot cerita itu ialah tentang hari natal dan dengannya saya mengingat sahabat yang akan meraikan seperti Susana, Stefanie, WC, Eskay, Sis G, Gloria K Estafan ... dan Alif Matiin bertanya,  adakah salji akan turun esok, seraya melihat langit di luar jendela. selain mahu meluncur, katanya mahu memancing di rekahan ais. aduhai, anakku ...

Comments

Che Jam said…
Salam Puan,

I come to read your blog every other day. Do drop by at my blog ya..
Tahniah Dr, kerana menang hadiah Sastera kategori Eceran (Esei dan rencana) Hehe. :D
Mawar Safei said…
Puan Che Jam
terima kasih.
insya Allah saya akan ziarah kembali!
Mawar Safei said…
Rai
alhamdulillahi rabbil alamin.
terima kasih!
cerpen sudah siap???
Dr. Cerpen lama da saya siapkan. Isnin ini saya hantar.. :)
Mawar Safei said…
Rai
baik.
lama diperam dan diperhatikan semula, lazimnya membuahkan yang ranum!
Haha.. InsyaAllah. Kena tunggu komen dari Dr. dahulu. Haha. Dr, ada di pejabat esok?
Mawar Safei said…
Rai
kita sudah jumpa tadi!