Allah, betapa jumaat datang lagi. baru sepagi ini banyak yang saya lalui. dalam lalu lintas urusan di rumah, di bengkel kereta, di pejabat, ya seen dan as sajda,  sempat saya ikuti di dalam kereta. saya masih berhutang dengan al waqia. semalam petang saya menyudahkan al kahf. begitulah terlalu banyak yang mahu dilakukan sedang entah sedikit masa yang tinggal. dan saya bergegas mendoakan agar kita dijauhkan daripada gangguan syaitan dan nafsu jahat. saya mohon diampunkan Allah sesiapa yang berbuat nista dan sesiapa yang bersilang faham terhadap saya.

Comments

Asslamualaikum DR. semoga pintu doa dan kemaafan sentiasa terbuka. Halalkan segala ilmu dan segala kekurangan saya.mungkin pernah ada perbuatan yang terlanjur dilakukan tanpa sedar.semoga dr.sentisa sihat.amin.:)
Mawar Safei said…
Aisah
wa'alaikumussalam.
maaf zahir batin dari saya juga.
semoga terus berusaha dan berjaya.
terima kasih.