Alhamdulillahi rabbil alamin. kesyukuran yang paling dalam sempena jumaat yang mulia. kali ini cerpen Benarlah Kata Angin itu, dan Saya  Meneruskan Perjalanan (Mingguan Malaysia, 7 november 2010) dan esei Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu (Dewan Sastera, Jun 2010) memenangi tempat dalam HSPM 2010/2011. terima kasih kepada panel penilai! terima kasih kepada kawan-kawan yang mengirim kawat tahniah. terima kasih kepada dua sahabat yang turut menemani saya ke Hilton. memang jumaat yang bersejarah.

Comments

A. Muziru Idham said…
Tahniah Puan Mawar atas kemenangan itu.^_^
safwanrazali said…
Assalamualaikum Dr. Mawar,
Tahniah! Sangat menginspirasikan :)
Mawar said…
A. Musiru Idham,

alhamdulillahi rabbil alamin.
terima kasih.
tahniah buat sdr juga yang memenangi tempat dalam puisi eceran!
Mawar said…
wa'alaikumussalam Safwan,

alhamdulillahi rabbil alamin.
terima kasih.
semoga sdr juga berjaya dalam pengajian yang sedang diikuti.
Unknown said…
Tahniah Dr. Mawar atas kemenangan dua buah karya pada HSPM 10/11. Semua karya yang menang, ada dimuatkan dalam sebuah antologikah?
Tetamu Istimewa said…
Dr. Mawar, sejambak tahniah diucapkan. Ternyata penganugerahan cerpen sewaktu HSKU lepas tidak silap. Cerpen itu sangat mengujakan dan hebat. Oleh itu layak pula untuk HSPM.

Sememangnya, menginspirasi kepada kami penulis muda ini.
Mawar said…
Fathul Khair

alhamdulillahi rabbil alamin.
terima kasih atas ucapannya.
lazimnya begitulah, akan diantologikan, insya Allah.
Mawar said…
Tetamu Istimewa

alhamdulillahi rabbil alamin.
terima kasih atas ucapannya.
saya pulangkan segala puji-pujian kepada Allah! Sesungguhnya, Allahu akhbar!
RayyanZilfi said…
Walaupun terlambat, saya tetap ingin mengucapkan tahniah!Semoga ilham dariNya sentiasa mencurah-curah untuk Mawar.
Mawar said…
Rayyan
alhamdulillahi rabbil alamin!
insya Allah... terima kasih.