Zahar jarang menyatakan kesedihannya. suami saya itu tidak selalu menahan airmata di hadapan saya. semalam, pulang dari kedai membaiki tayar basikal Alif Matiin yang bocor, selalu bocor, inilah kisah yang dibawa. kedai baik pulih basikal itu tatausahanya adalah mereka yang istimewa. hampir semua tidak berkaki dan jika ada tangan juga masih dengan rupa yang kurang. ketiga-tiga pekerja itu dalam usia 40-an atau mungkin mencecah 50-an. Zahar membawa saya untuk mengenang sekian banyak tahun mereka meneruskan hidup. nah, kita melihat mereka sangat begitu diuji. sedang bagaimanakah dalam hati mereka? saya menekup muka menahan sedu. dan ketikanya saya sebenarnya menahan malu. saya juga diuji dengan bagaimana manusia lain melihat saya. apakah dalam fikiran dan hati orang lain melihat saya. adakah mereka melihat seperti mana saya mahu melihat mereka. ya Allah, kisah yang dibawa Zahar sangat memberi bekas. saya banyak bertanya diri sendiri, adakah saya malu, sedih dan kecewa dengan pandangan bersilang-silang manusia terhadap saya sedang saya tidak pernah menyangka begitu maksud hati mereka.  lamanya masa saya begitu peduli dengan pandangan manusia. dan tiba-tiba saya jadi sangat silau dengan pertanyaan hati sendiri. betapa saya lebih  malu, sedih dan kecewa apabila mengenang bagaimanakah pandangan Allah terhadap saya. si debu yang berterbangan ini. ampuni saya ya Allah!  

Comments

ardisia said…
Dr Mawar,
begitulah antara cerita-cerita di dunia yang sementara ini.saya pernah melihat seorang OKU dengan tekun dan jayanya mengurut refleksologi kepada seorang yang sempurna sedangkan dia sendiri tiada kedua-dua tangan.Subhanallah! Saya menilik diri.Adakah saya benar-benar bersyukur dengan erti kata sebenar, atau terus-terusan dalam hati kecil, ada sedikit keluhan tentang untung nasib yang tidak seberapa cerah.Astaghfirullah!
eratul nissah said…
assalamulaikum dr mawar.. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. dan terima kasih di atas komen yang telah diberikan. saya telah menukar nama blog saya kepada http://eratulnissa.blogspot.com kerana hanya nama ini sahaja yang saya boleh gunakan. dan berkenaan tentang proses pembaikan itu, saya telah memperbaikinya tetapi masih tidak dapat menangkap maksud pembaikan yang dr mahukan. harap dr memberi tunjuk ajar. trima kasih..

Mawar Safei said…
Ardisia
terima kasih berbahagi cerita.
supaya dengannya kita dikeluarkan dari gelap gelita kepada cahaya terang, dengan izin Allah, untuk kita menuju jalan yang satu!
Mawar Safei said…
Era
saya sudah ke blog Era.
tahniah, banyak yang sudah dibaiki.
ardisia said…
Betul betul betul.
Syukur kan... kita serba sempurna serba indah Allah kurniakan..punya kerja yg baik, duit dan sebagainya..mmg Allah amat menyayangi kita kerana ujian yang diberi sangat ringan...tapi of cos itu bukan bermakna org oku tidak disayangi malah mungkin lebih disayangi kerana mereka tabah dan bersyukur menerima segala kekurangan kurniaan Allah pada mereka. ..dan mereka tidak hanya mengharap ihsan derma dari org lain tapi berusaha bekerja untuk rezeki yg halal..
Mawar Safei said…
Dr Rosniah
saya belajar makna syukur dan saya mahu bersyukur terus kepada Allah...