Siapa antara susuk peribadi yang mengesankan di mata saudara? ini antara soalan saya untuk mahasiswa penulisan kreatif kami. mereka harus membentang susuk itu dengan kewajaran. dan tidak semestinya dia nama yang masyhur. mungkin sahaja dia anak kecil yang pernah mengungkap doa buat seluruh alam. barangkali memang dia seorang negarawan yang mempertimbangkan banyak sisi. saya terbaca ini tentang tujuh dosa besar pembawa kehancuran oleh Gandhi ~ kekayaan tanpa bekerja ~ kesenangan tanpa hati nurani ~ ilmu tanpa watak ~ perniagaan tanpa etika ~ sains tanpa kemanusiaan ~ agama tanpa pengorbanan ~ politik tanpa prinsip. saya meneka-neka siapa pilihan mahasiswa saya yang berjumlah empat puluh enam orang itu. 

Comments

Fadhilah Amirah said…
Assalamualaikum Dr. Mawar
Ini alamat blog saya fadhilahamirah.blogspot.com
Unknown said…
Assalamualaikum dr..maaf diatas kelewatan menghantar alamat blog sy..noritarashid.blogspot.com
Mawar said…
Fadhilah
wa'alaikumussalam
ya, saya akan singgah.
terima kasih.
Mawar said…
Norita
wa'alaikumussalam
ya, akan ziarah blog sdr. tahniah!
Assalamualaikum Dr. Mawar,maaf atas kelewatan menghantar alamat blog saya. ini alamatnya
aisahnooribrahim.blogspot.com
Mawar said…
Aisah
saya sudah ke blog sdr.
syabas!