Sesungguhnya, menjelang tua, semakin banyak perkara baru menjadi pelajaran. daripada sekecil-kecil hal kepada mungkin sahaja yang melibatkan nama maruah. saya menganuti kepercayaan bahawa untuk belajar perkara baru setiap hari dan dengannya saya mahu menjadi manusia yang lebih baik, walau sering juga saya kandas. antara perkara kecil itu ialah cara mengenakan krim muka. ya, krim muka!  ini soal kesihatan wajah (sudah tua begini, makna kecantikan sudah sangat terpecah-pecah). rupanya kebanyakan krim muka, sangat tidak boleh menyentuh kawasan sekitar mata (sesekali kita akan berjumpa kenyataan amaran ini, namun dalam banyak suasana, ia dipadamkan). akibatnya, jika ia melewati kawasan halus itu, sejurus bangun tidur dan melihat cermin, saudara akan kelihatan menjadi tua dengan tiba-tiba. seribu kedutan dengan serangan ketakutan akan memecahkan sebuah pagi yang aman. benar! krim muka tidak harus memasuki daerah mata. waspada. cermat. kita boleh jadi tua tiba-tiba! dan ini pelajaran baru buat saya...

Comments

Salle Sulieman said…
Ya, krim muka hanya untuk digunakan pada muka. Ada krim untuk leher juga. Ada juga krim untuk mata. Semua krim tersebut mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan jenis atau lapisan kulit. Kulit di sekitar mata nipis, maka krim mata seharusnya berbeza dengan krim di bahagian badan yang lain.

Cara penggunaannya juga berbeza. Saya pernah ditunjukkan cara yang sebenar; gunakan jari kelingking dengan pusingan dari dalam ke luar mata. Juga, jangan tekan terlalu kuat. Kawasana mata amat sensitif.

Post Dr. Mawar kali ini sangat menarik. Saya sekadar berkongsi pengalaman.

:)
Rositah Ibrahim said…
he he...sekadar berkongsi. Tentu selalu tengok gambar wanita meletakkan potongan timun di atas mata kan? Amalkan, itulah 'krim' yg baik utk mata sebab jusnya mengandungi bahan yg melambatkan kedut (errr....saya bagi tahu saja, saya sendiri hanya buat bila rajin....)

Lebih elok jika guna serum, baru diikuti dgn krim/pelembap.
Mawar Safei said…
Salle

petua yang sangat membantu.
terima kasih.
Mawar Safei said…
Itah
menjadi tua adalah satu proses. semua akan lalui jika berkesempatan. namun apa yang menakutkan adalah "menjadi tua secara tiba-tiba".

saya pernah amal petua timun.
dan akan cuba dapatkan serum.

terima kasih ya!
asma aziz said…
missasmaaziz.blogspot.com
eratul nissah said…
assalamualaikum dr.mawar..
ini blog saya, Nurul eratul nissah binti jamingan.
http://salbiahmohamed.blogspot.com
syahidatulsyahadah.blogspot.com
Mawar Safei said…
Rai
saya sudah ke blog. disahkan!
Mawar Safei said…
Asma
tahniah saya sudah ke blog sdr!
Mawar Safei said…
waalaikumussalam Era
mohon maklumkan alamat blog sdr!
Mawar Safei said…
Syahidatul
tahniah, saya sudah ke blog sdr!
Mawar Safei said…
Sdr Salbiah
saya sudah ke blog sdr.
tahniah!
ardisia said…
Dr Mawar,
mari!saya buatkan akupuntur.Hihihi...(ada berani?)
Safari Ahmad said…
salam..dr..mawar..ini blog saya
safariahmad.blogspot.com
Mawar Safei said…
Ardisia
jarum?
ohhhhhhhhhh!
Mawar Safei said…
Safari
saya sudah ke blog sdr!
tahniah.
ardisia said…
Ya!Jarum!Seni.Yang teramat seni.Jangan takut...